Pemandu lori mabuk lawan arus ditahan polis, langgar Mercedes dan Almera

Dari Penulis

PADAH melawan arus, seorang pemandu lori ditahan polis selepas melanggar dua buah kereta di Kilometer 5.5. Lebuhraya Linkedua, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.30 petang.

Video penuh kejadian tanpa kabur lihat di bawah ⬇️

Beliau berkata, suspek berusia 41 tahun itu didapati memandu lori dibawah pengaruh alkohol.

Siasatan mendapati kemalangan berlaku sewaktu suspek memandu dari arah Kulai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Sampai di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke Selatan, suspek telah terlepas susur ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Suspek kemudian memandu di lorong paling kanan sebelum bertembung dengan sebuah Mercedes-Benz dan Nissan Almera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pemandu Civic lawan arus sebabkan 3 cedera dalam kemalangan direman polis

Jelasnya, pemandu Mercedes mengalami kecederaan di leher serta kaki dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi menerima rawatan lanjut.

Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Paraguay buat kejutan, singkirkan Jerman menerusi penentuan penalti

PARAGUAY mencipta kejutan terbesar setakat ini apabila menyingkirkan Jerman pada pusingan 32 terakhir Piala Dunia 2026 menerusi penentuan sepakan...

More Articles Like This