SEORANG lelaki warga China dipukul orang awam selepas didakwa menjadi punca kemalangan empat buah kenderaan yang meragut nyawa seorang penghantar makanan.
Kejadian berlaku di Kilometer 13, Jalan Klang – Banting – Port Dickson, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kemalangan pada pukul 4.30 petang itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang dinaiki suspek, Daihatsu Charade, motosikal SYM 110 dan treler.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Hilux berusia 53 tahun bekerja sebagai jurutera dalam perjalanan dari Klang ke Banting.
“Sampai di lokasi, pemandu Hilux telah membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemandu Daihatsu Charade berusia 51 tahun yang berada di belakang Hilux telah bertindak mengelak ke kiri sebelum bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa.
Akibat perlanggaran tersebut, mangsa berusia 33 tahun tercampak ke bawah treler dan digilis.
“Mangsa mengalami kecederaam parah di bahagian kemaluan dan kaki serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat dibawa ke Bilik Mayat Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat,” ujarnya.
Sementara, pemandu Hilux cedera ringan akibat dipukul orang awam yang tidak berpuas hati akan kemalangan tersebut
“Setakat ini tiada laporan yang dibuat oleh pemandu Hilux berkaitan kejadian pukul dan saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Baca artikel : Pemandu lori mabuk lawan arus ditahan polis, langgar Mercedes dan Almera
Ahmad Ridhwan berkata, kertas siasatan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

