Pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya sejuta kematian diakibatkan oleh wabak COVID-19 pada tahun ini jika tiada tindakan segera diambil.

DATA rasmi China tidak menggambarkan situasi sebenar penularan wabak koronavirus di negara itu, kata pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengkritik takrifan kematian COVID-19 yang ‘sangat sempit’.

“Kami percaya bilangan semasa yang dikeluarkan oleh China tidak menggambarkan situasi sebenar kesan wabak dari segi kemasukan ke hospital, dari segi kemasukan ke ICU, terutamanya dari segi kematian,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan.

Ryan mendakwa, Beijing menggunakan definisi ‘memerlukan kegagalan pernafasan’ akibat jangkitan wabak berkenaan untuk didaftarkan sebagai kematian COVID-19.

“Itu adalah definisi yang sangat sempit,” katanya seperti dilapor Al Jazeera.

Baca artikel lain: Kemenangan lepas tak boleh jadi sandaran – Safawi

Kenyataan itu dikeluarkan pada ketika banyak negara memperkenalkan sekatan perjalanan ke atas pelawat dari China sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan kembali wabak membawa maut itu.

Hospital dan krematorium dilaporkan sesak sejak wabak berkenaan mula menular di Beijing bulan lalu.

Seorang doktor kanan di sebuah hopsital di Shanghai mendakwa, 70 peratus daripada populasi Beijing kini dijangkiti COVID-19, lapor media kelmarin.

Sementara itu, pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya sejuta kematian diakibatkan oleh wabak COVID-19 pada tahun ini jika tiada tindakan segera diambil.

Setakat ini China melaporkan 22 kematian sejak Disember lalu dan telah mengecilkan kriteria untuk mengklasifikasikan kematian sedemikian secara mendadak.

Ia hanya mengira kes yang melibatkan radang paru-paru atau kegagalan pernafasan disebabkan oleh COVID-19.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan, bakal berjumpa saintis China hari ini, sebagai sebahagian daripada taklimat kepada negara-negara anggota mengenai situasi global COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram