Team Haq berjaya mendapatkan 2 kemenangan dan melayakkan diri ke Upper Bracket. GAMBAR: Facebook Team Haq

DUA wakil e-sukan negara, Team Haq dan Todak berjaya melangkah ke pusingan ‘knockout stage’ Kejohanan Dunia M4 Mobile Legends selepas meraih mata berharga di peringkat kumpulan.

Kedua-dua pasukan kini di kelompok ‘upper bracket’ apabila Team Haq bakal mendapat tentangan sengit Echo (Filipina) hari ini dan Todak berdepan pasukan tuan rumah RRQ Hoshi pada Sabtu.

Pengasas Team Haq Esports Club, Aiman Haq menzahirkan rasa syukur mencipta sejarah sebagai pasukan kedua dari Malaysia untuk mara ke persaingan seterusnya dalam aksi sulung kejohanan.

“Kejayaan yang dicapai setakat ini tentunya menjadi peluang untuk seluruh pemain mengasah lagi kemampuan dan mendapatkan pengalaman berharga,” katanya.

Di peringkat kumpulan, Todak unggul di tempat pertama Kumpulan B, mengatasi tiga pasukan lain – Onic Esports (Indonesia), Malvinas Gaming (Peru) dan MDH Esports (Vietnam).

Team Haq pula berada di tempat kedua Kumpulan D setelah tewas kepada RRQ Akira (Brazil), namun menang ke atas The Valley (Amerika Syarikat) dan Gaming (Argentina).

Baca artikel berkaitan: PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan mara dengan berada di ‘upper bracket’ peringkat ‘knockout stage’ dan selebihnya ke ‘lower bracket’.

Jurulatih Team Haq Khairul Azman Mohd Sharif berkata pasukannya berada di landasan yang betul meskipun tewas di perlawanan pertama, tetapi bangkit pada baki dua perlawanan peringkat kumpulan.

“Kejayaan ke peringkat ‘upper bracket knockout stage’ sangat membanggakan dan buat julung kalinya dua pasukan Malaysia di kedudukan ‘upper bracket’ ini,” katanya.

“Kami ada banyak strategi tetapi masih mengekalkan identiti Team Haq dengan game play kami walaupun sudah dibaca oleh pihak lawan. Namun, mereka masih tidak ada cara bagi mematikan gerakan kami,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram