TEAM Haq Esport Club, juara Liga Profesional Mobile Legends MY musim ke-10, secara rasminya akan mewakili Malaysia ke kejohanan Phygital Games 2023 yang akan berlangsung di Kazan, Russia dari 17 – 24 Julai ini.
Pasukan Team Haq terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan berprestij itu setelah mendapat jemputan khas dari penganjur yang membuat pemilihan berdasarkan prestasi mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain Team Haq, tujuh lagi pasukan e-sukan dari negara lain akan bertarung termasuk dari Filipina, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Kemboja.
Pertandingan tersebut dianjurkan di bawah kejohanan ‘Games of the Future’ itu membariskan pelbagai sukan menggunakan pendekatan ‘phygital’ iaitu gabungan fizikal dan digital.
Pengasas Team Haq Esports Club, Aimanhaq Zaharudin melahirkan, rasa syukur kerana pasukan beliau terpilih menyertai pertandingan di peringkat dunia.
“Ini adalah kejohanan pertama kami sertai di benua Eropah. Sehubungan itu, sudah pasti ia akan memberikan pengalaman berbeza buat kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Amalkan konsep tabayyun sebelum kongsi maklumat – PM
Beliau menjelaskan, Team Haq akan menghantar skuad kedua yang digelar Team Haq All Star, dan para pemain akan dinilai untuk menentukan sama ada mereka layak untuk menyertai skuad utama apabila jendela perpindahan pemain di Malaysia dibuka nanti.
Menurut Aimanhaq, penyertaan di Russia itu juga merupakan persediaan untuk pasukan Team Haq menghadapi Regular Season MPL MY Musim ke-12.
“Team Haq bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dan akan berusaha sedaya upaya merebut gelaran juara di Russia,” katanya lagi.
Team Haq All Star akan dibarisi oleh pemain-pemain berwibawa iaitu Lolla, Minnn, Mannn, Nain dan juga Hitto.
Pusingan kelayakan kedua yang akan disertai Team Haq akan berlangsung pada 20 Julai ini dan menawarkan hadiah bernilai AS$50,000.
Pasukan yang mendapat kedudukan teratas berpeluang menyertai pusingan akhir tahun hadapan dengan jumlah hadiah AS$3 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

