Krisis politik Sabah: Hajiji sahkan Kabinet akan dirombak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BARISAN Kabinet pentadbiran negeri Sabah sah akan dirombak susulan krisis politik yang melanda Negeri di Bawah Bayu itu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Menurut Hajiji, maklumat terperinci berhubung rombakan itu akan dimaklumkan kemudian.

“Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Desas-desus mengenai kemungkinan Kabinet Sabah akan dirombak timbul selepas spekulasi bahawa cubaan menukar pentadbiran kerajaan negeri dilaporkan gagal, semalam.

Terdahulu, beberapa media melaporkan rombakan itu dijangka menyaksikan beberapa ahli Kabinet dari Barisan Nasional (BN) digugurkan dan digantikan dengan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH).

Baca artikel berkaitan: Krisis politik Sabah: Keadaan tenang, tiada gejolak – Anwar

Nama-nama yang disebut akan digugurkan termasuk Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Jafry Ariffin.

Semalam, media melaporkan cubaan untuk menggulingkan pentadbiran Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah menemui jalan buntu.

Cubaan yang digelar ‘Langkah Kinabalu’ itu dikatakan ada kaitan dengan gerakan daripada pemimpin Warisan dan BN.

Difahamkan, dua sidang media berasingan daripada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Bung Moktar yang dijadualkan petang semalam telah dibatalkan tanpa perincian lanjut.

Spekulasi bermula kelmarin selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengeluarkan kenyataan mengenai kesediaan membuktikan keabsahan Hajiji jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Kerajaan Sabah pada masa ini mempunyai sokongan 59 ADUN iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (tujuh), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3) dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Bangsa Malaysia, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This