DATUK Muhammad Azmi Mohd Zain diumumkan sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang baharu berkuat kuasa semalam, 5 Januari.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, Muhammad Azmi mengambil alih kepemimpinan suruhanjaya itu daripada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang menerajui MCMC sejak 10 Jun 2022.
Mohamad Salim telah meletakkan jawatan pada 20 Disember lalu.
“MCMC mengucapkan tahniah dan menyambut baik pelantikan Muhammad Azmi sebagai Pengerusi Interim MCMC yang baharu berkuat kuasa 5 Januari 2023.
“MCMC yakin pengalaman luas serta ketokohan Muhammad Azmi dalam perkhidmatan awam akan membantu usaha suruhanjaya ini melonjakkan perkembangan sektor telekomunikasi dan multimedia.
Baca artikel berkaitan: Mohamad Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Interim SKMM
“MCMC juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohamad Salim atas sumbangan serta perkhidmatan beliau sepanjang menerajui MCMC dan memastikan industri kekal relevan serta terus berdaya saing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Azmi merupakan seorang pegawai tadbir dan diplomatik yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor awam selama 26 tahun.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.
Ketika ini, Muhammad Azmi adalah Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

