KEMELUT politik yang melanda Sabah ketika ini disifatkan tidak sepatutnya berlaku kerana Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) telah pun memeterai perjanjian.
Memetik laporan BH Online, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perjanjian itu melibatkan pelantikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan portfolio dalam Kabinet Sabah.
Menurut beliau, perjanjian berkenaan dimeterai selepas Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Sabah pada September 2020.
“Apabila Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri, ada perjanjian di antara BN dan PN ketika itu. Hajiji dipilih dengan sokongan Bersatu dan semua menyokong.
“Beberapa portfolio juga diberi kepada BN,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perjumpaan khas bersama Bersatu Sabah, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Ada formula selesai ketidaktentuan politik Sabah – Ahmad Zahid
Justeru, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu menegaskan, krisis tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Malah, beliau berkata, UMNO dan BN tidak seharusnya campur tangan dalam isu Hajiji dengan Bersatu yang timbul ketika ini.
Beliau merujuk tindakan Hajiji yang mengumumkan keluar Bersatu dan PN bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti itu sebelum ini.
“Jangan campur isu Hajiji dengan BERSATU. Itu isu adik-beradik, jiran-jiran tak perlu campur,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui ada perjanjian dengan PN, namun mendakwa perjanjian itu terbatal selepas Hajiji keluar BERSATU.
Berikutan situasi itu, Bung Moktar mendakwa Hajiji kini tidak berparti dan atas sebab itu hilang ‘locus standi’ atau hak perlembagaan sebagai Ketua Menteri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

