BEKAS Naib Presiden PKR, Tian Chua sah dipecat daripada parti berkenaan susulan tindakannya bertanding atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Memetik laporan Malaysiakini, PKR sah memecat Tian Chua bersama empat lagi ahli parti berkenaan.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Tan Yee Kew berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti tersebut, semalam.
Katanya, kesemua lima ahli parti itu dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.
“Ya, semalam MPP ada mesyuarat dan kami memutuskan untuk memecatnya secara rasmi.
“Mereka yang akan dipecat kerana tindakan tatatertib lain akan diumumkan kemudian,” katanya.
Baca artikel berkaitan: ‘Tak semua perjuangan melalui pilihan raya’, Anwar ingatkan Tian Chua
Empat lagi ahli PKR yang dipecat adalah Puah Chee Haur dari Cabang Parit Buntar; Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Cabang Gopeng); M Mohganan (Cabang Taiping) dan Nur Khairunisa Abdullah (Cabang Sadong Jaya).
Chee Haur dan Ahmad Tarmizi masing-masing dipecat kerana bertanding di bawah tiket Parti Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji dan Chenderiang.
Mohganan pula bertanding di Parlimen Taiping sebagai calon Bebas.
Sementara itu, Nur Khairunisa pula dipecat kerana bertanding di DUN Sadong Jaya semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun 2021.
Tian Chua pernah menjadi Ahli Parlimen Batu di bawah PKR selama dua penggal bermula pada tahun 2008 hingga 2018.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

