PENGAMAL media mula berkampung di luar Istana Seri Kinabalu, hari ini bagi bersiap sedia dan menunggu pergerakan masuk membabitkan ketua parti politik.
Berita Harian melaporkan, setakat pukul 10 pagi tadi belum terdapat sebarang pergerakan keluar masuk.
Pada masa sama pihak istana mendirikan dua kanopi berhampiran gerbang utama bagi kemudahan petugas media yang bertugas.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke Istana Seri Kinabalu sekitar pukul 4.20 petang semalam bagi bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin namun tidak diketahui tujuan sebenar pertemuan terbabit.
Selepas hampir satu jam mengadakan pertemuan, kenderaan membawa Hajiji dilihat keluar meninggalkan perkarangan istana kira-kira jam 5.13 petang.
Bagaimanapun, usaha pengamal media mendapatkan Hajiji gagal.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dilihat hanya memberikan lambaian dan senyuman sambil menurunkan tingkap di bahagian penumpang belakang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

