Rehatkan fikiran dan merawat badan secara santai membantu meningkatkan kualiti hidup anda
Sebagai wanita, kita terpaksa menguruskan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian sama ada di rumah atau di tempat kerja. Kita juga sering bertindak sebagai penyelesai masalah dan juga pembuat keputusan bagi orang yang kita sayangi untuk mengelak mereka daripada berasa bimbang atau runsing.
Di penghujung hari, apabila pulang ke rumah, kita sudah terlalu letih untuk melakukan tugasan lain dan akhirnya tertidur. Jika perkara ini berterusan, hidup anda akan menjadi tidak keruan sehingga mencetuskan pelbagai pengalaman dari segi mental dan emosi, serta gejala-gejala fizikal yang lain.
Apa sekalipun, adalah penting dan perlu untuk kita melakukan sesuatu supaya hidup dapat diteruskan seperti biasa sambil menikmati dan memanjakan diri. Ini akan memberi anda kelegaan emosi dan mental serta memberi kelonggaran pada fizikal juga.
Dalam erti kata lain, anda perlu melakukan sesuatu yang baik untuk badan, minda dan jiwa. Manjakanlah diri anda dengan cara yang betul, sihat dan juga penuh makna.
Berikut adalah beberapa cara untuk merawat diri sendiri tanpa menelan belanja yang terlalu banyak atau mengambil banyak masa dalam jadual harian anda.
Ketawa Pada Sesuatu Yang Lucu
Bilakah kali terakhir anda benar-benar dapat tertawa dengan baik dan penuh perasaan (ketawa hingga seperti mahu pecah perut?)
Mungkin ketawa akhir anda itu sudah terlalu lama untuk diingati. Adakah anda mempunyai masa untuk bergelak ketawa?
Walau sibuk sekalipun, anda harus meluangkan masa untuk semua ini. Ketawa adalah cara terbaik untuk melepaskan semua tekanan yang telah terbina di dalam anda. Malah ia menguatkan sistem imun anda memperbaiki aliran darah, menstabilkan tekanan darah dan memastikan paras glukosa dalam darah.
Cara yang paling mudah untuk mendapatkan ketawa yang baik adalah dengan menonton filem yang melucukan. Pilih sesuatu yang bukan sahaja boleh membuatkan anda tersenyum atau ketawa terkekek-kekek malah mampu untuk membuat anda ketawa besar.

Dapatkan Secangkir Teh
Banyak telah diperkatakan tentang kebaikan amalan sihat dengan meminum teh antioksidan.
Oleh itu, mulakan perhatian anda terhadap orang-orang yang anda sayangi itu dengan meluangkan masa bersembang sambil menikmati minuman secawan teh.
Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang minum empat cawan teh hitam setiap hari selama enam minggu dapat membebaskan hormon tekanan yang lebih sedikit selepas tugas yang sukar, berbanding dengan orang-orang yang minum buah-buahan daripada minuman berkafein.
Teh hijau juga merupakan pilihan yang baik; jika anda mahu mempelbagaikan minuman seharian.

Dapatkan Urutan Dan Manicure
Ini bukanlah hanya untuk orang kaya atau terkenal, tetapi untuk mana-mana wanita yang bekerja untuk tempoh 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Badan kita perlu melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang baik, seperti sama ada kita melakukan kerja-kerja rumah dan harian atau yang duduk bertungkus-lumus di hadapan komputer sepanjang hari.
Manicure, pedicure ataupun urutan yang banyak ditawarkan oleh pusat kecantikan di luar sana adalah salah satu cara yang berfaedah dan berkesan – sentuhan manusia, yang telah ditunjukkan untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.
Melalui kaedah urutan ini endorfin di dalam badan dapat dikeluarkan, yang mana boleh mengurangkan tahap keletihan dan meningkatkan daya ketahanan diri anda.
Banyak tempat-tempat refleksologi menawarkan urutan yang mudah untuk bahagian belakang, leher, bahu atau tapak kaki pada harga yang berpatutan. Anda juga boleh mendapatkan urutan secara elektronik di kerusi urutan di beberapa pusat membeli-belah atau bangunan pejabat.

Pilihan Kepada Coklat Gelap
Selepas sekian lama, maka terbukalah rahsia memakan coklat adalah satu amalan yang baik tetapi hanya pada jenis coklat rona gelap.
Selain daripada rendah gula dan lemak, coklat rona gelap juga merupakan sumber ‘flavonoid’ yang baik. Ini adalah bahan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dipercayai mempunyai ciri-ciri kesihatan yang kuat.
Antara faedah kesihatan yang dikaitkan dengan makanan yang kaya dengan flavonoid adalah seperti berikut: Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit neurodegenerative dan lain-lain penyakit kronik.
Walaupun begitu, ianya bukan bermakna anda boleh memakan coklat setiap hari memadai sekadar untuk anda menikmatinya sekali-sekala.
