4 Langkah Mudah Buat Coslow, 10 Minit Siap. Gerenti Sedap, Licin Sekelip Mata

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Cepat, mudah dan sedap. Hanya menggunakan 6 bahan utama iaitu kubis, lobak merah, lemon, mayonis, susu pekat manis dan garam sudah cukup membuatkan rasa coslow yang sangat enak.

Untuk menghasilkan coslow yang sedap, kubis mestilah segar berwarna hijau cair. Elakkan membeli kubis yang terlalu besar berwarna putih, kerana adakala rasa kubisnya sedikit pahit.

Tip yang paling penting, rasa mayonis, susu pekat manis dan lemon perlulah seimbang. Mesti ada rasa lemak manis dan sedikit rasa masam. Sejukkan di dalam peti ais, selama 30 minit sebelum dihidangkan.

BAHAN

1 biji kubis sederhana besar

1/ 2 batang lobak merah

2 sudu besar susu pekat manis

5 sudu besar mayonis

1/2 biji lemon

Secubit Garam

CARA PENYEDIAAN :

1. Kubis dibersihkan, kemudian dicincang halus.

2. Lobak merah dibuang kulit, kemudian dipotong dadu kecil. Satukan bersama kubis, lobak merah jangan terlalu banyak, cukup sekadar seimbang warna.

3. Sebenarnya masukkan mayonis, terlebih dulu. Tetapi sama sahaja, kalau masukkan perahan lemon dulu pun boleh, rasa tetap sama.

4. Kemudian masukkan mayonis, gaul rata. Taburkan secubit garam, seimbangkan rasa di antara mayonis, susu pekat manis dan rasa masam lemon. Setelah sebati rasa, simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Tadaaaa… dah siap.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This