PM diberi sambutan rasmi di Istana Kepresidenan Bogor

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, hari ini mengadakan pertemuan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor.

Sejurus tiba di kompleks pejabat eksekutif dan kediaman rasmi Presiden di Bogor itu pada hari kedua lawatan, beliau dengan tradisi bersongkok yang sering dipakai untuk menghadiri acara tertentu demi martabatkan budaya, diberikan sambutan karpet merah oleh Jokowi.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti dengan tembakan meriam, sebelum Anwar sambil diiringi Jokowi memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan presiden.

Perdana Menteri kemudian diperkenalkan dengan Menteri Kabinet Indonesia, diikuti upacara menanam pokok jenis merawan (hopea odorata) di halaman belakang, dan melawat kawasan istana, sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan agenda perbincangan.

Baca artikel berkaitan: Program pemukiman Jemaah Menteri tetapkan KPI minggu depan – PM

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.

Kedua-dua pemimpin dijangka berbincang dan menilai kerjasama dua hala selain meneroka peluang kerjasama baharu.

Semalam, Anwar berkata ada 12 perkara yang disenarai untuk dibincangkan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This