Sampai ke India tengok telur, Yong Peng pun banyak ladang ayam – Ka Siong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyindir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang dilihat lebih mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, hal itu kerana Malaysia khususnya di Yong Peng mempunyai lebih 100 ladang ayam dan merupakan tempat paling popular penghasilan telur untuk pasaran tempatan ketika ini.

Jelas bekas Menteri Pengangkutan itu, ladang-ladang di Yong Peng juga mengeksport jutaan biji telur ayam ke negera jiran iaitu Singapura pada setiap hari.

“Abang Mat (Mohamad Sabu), telur tempatan hanya boleh dijual dengan RM0.41 sebiji kerana ada kawalan harga. Penternak tempatan rugi kerana kos mereka melebihi harga kawalan telur. Kalau rugi, penternak tak akan membela ayam untuk menghasilkan telur.

“Saya rasa pelik pula telur import dari India dijual dengan RM0.50 sebiji. Kalau diangkut melalui kapal, telur dari India perlu masa 3 hingga 4 minggu untuk sampai ke Malaysia. Segarkah telur India berbanding telur tempatan?,” katanya dalam perkongsian di media sosial.

Baca lagi: Ayam dan Telur Ayam: Kawalan Harga Bukan Penyelesaian

Mengulas lanjut, Ka Siong turut mencadangkan harga kawalan telur diubah dari RM0.41 sebiji kepada RM0.50 sebiji bagi membolehkan penternak tempatan tidak menanggung kerugian yang besar.

Jelas beliau, Kerajaan Perpaduan juga boleh mewujudkan ‘elau telur secara tambah’ kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga RM0.09 sebiji.

“Kalau RM200 setahun, banyak telur boleh dimakan oleh keluarga B40. Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan.

“Abang Mat, telur India RM0.50 sebiji tau? Utamakanlah penternak tempatan. Tak payah import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kan Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat!,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This