Lengat pisang adalah antara kuih tradisional yang jarang dimakan dan hanya segelintir yang mengenali juadah unik ini. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 sikat pisang emas
3 sudu besar gula pasir
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Pisang dibuang kulit, belah dua dan susun dalam loyang.
2.Taburkan gula pasir di atas pisang yang telah disusun.
3.Bancuh santan, garam dan tepung sehingga sebati dan tuangkan di atas pisang.
4.Kukus sehingga masak.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram