Diawet kerana si ayah mahu sentiasa menatap anaknya, mumia kanak-kanak berusia 2 tahun ini antara yang paling sempurna

Dari Penulis

LAHIR pada 13 Disember 1918 di Palermo, Itali, Rosalia Lombardo menjadi anak kesayangan keluarga. Namun, usia gadis kecil ini tidak panjang. Dia meninggal kerana radang paru-paru sewaktu berusia dua tahun.

Bapanya, Mario Lombardo amat sedih dengan kematiannya. Kerana mahu sentiasa melihat wajah Rosalia di depan mata, Mario membuat keputusan untuk mengawet mayat anaknya itu.

Beliau meminta Dr.Alfredo Salafia menjalankan proses mengawet tersebut. Salafia merupakan seorang pakar kimia. Bagi memastikan fizikal mayat Rosalia kekal sempurna tidak berubah, Salafia menggunakan ramuan istimewa.

Selepas dimumiakan, mayat Rosalia ditempatkan di dalam Capuchin Catacombs, sebuah kuil yang terletak di Palermo. Ia bukan sekadar rumah ibadat, tetapi juga merupakan kawasan kubur untuk mayat yang sudah diawet.

Mayat Rosalia diawet atas keinginan ayahnya mahu sentiasa melihat anaknya ini.

Asalnya pada abad ke-16, biarawan yang menjaga kawasan perkuburan ini membuat keputusan untuk membesarkan lagi kawasan itu dengan mengorek ruang bawah tanah bagi dijadikan pusara baru.

Pada waktu itu, salah seorang saudara mereka, Silvestro of Gubbio meninggal dunia. Lalu di sinilah mereka memulakan tradisi memumiakan mayat di Capuchin Catacombs. Mayat Silvestro dikeringkan di ruang bawah tanah sebelum dicuci dengan cuka untuk menyempurnakan proses pengawetan. Ia mengambil masa lebih kurang setahun untuk selesai. Silvestro dipakaikan baju tradisi dan diletak ke dalam bekas kaca sebelum disandarkan ke dinding.

Walaupun pada asalnya tempat itu hanya dibuka untuk golongan agamawan, kawasan perkuburan tersebut mula dikenali sebagai lokasi untuk orang kaya dan berstatus tinggi. Golongan ini akan mengawet mayat ahli keluarga yang meninggal dunia sebelum didaftarkan masuk ke Capuchin Catacombs.

Kawasan perkuburan itu ditutup pada tahun 1880 walaupun kemasukan mumia dan mayat masih masih berterusan berlaku sehingga tahun 1920-an. Terdapat lebih kurang 2,000 mayat yang telah dimumiakan di dalam kawasan kuil ini. Ada antaranya yang sudah berusia lebih 400 tahun.

Kuil ini menjadi tempat golongan berstatus tinggi mengawet ahli keluarga yang meninggal pada mada dahulu.

Mayat Rosalia adalah mayat terakhir yang dimumiakan di kuil itu selepas proses pengawetan mayat diharamkan di Itali. Apa yang menjadi perhatian ialah keadaan mayat Rosalia yang paling sempurna dan utuh walaupun sudah berusia lebih 100 tahun. Mumia gadis kecil itu tidak banyak berubah sewaktu dia diawetkan pada tahun 1920.

Wajahnya kemerahan, rambutnya keperangan, sekali lihat bagaikan Rosalia sedang nyenyak tidur. Tubuhnya tidak membusuk atau menyusut seperti kebiasaan mumia lain.

Keunikan mumia Rosalia menjadi tanda tanya ahli saintifik, apatah lagi Salafia yang mengawet mayat kanak-kanak ini meninggal dunia tanpa sempat memberitahu rahsia campuran ramuan yang digunakannya ketika mengawet mayat Rosalia.

Namun, ahli antropologi Capuchin Catacombs diberi peluang meneliti nota-nota lama Salafia dan menemui rahsia pengawetan tersebut. Antara bahan kimia yang digunakan ialah cecair alkohol tepu dan asid salisilik, gliserin dan formalin tepu dengan zink sulfat dan klorida untuk mengekalkan bentuk tubuh manusia setelah mati.

Mayat Rosalia boleh dilihat di kuil tersebut yang sering didatangi pelawat setiap tahun. Mayatnya diletak dalam sebuah keranda dengan penutup lut sinar.

Ada cakap-cakap dari orang pengunjung yang menyatakan mereka terlihat mata Rosalia terbuka dan tertutup sesekali. Namun, penjaga kuil Capuchin Catacombs menafikan, dan memberitahu itu sekadar cerita tambahan untuk menarik pengunjung datang ke situ.

Mayat Rosalia menjadi mumia paling sempurna di kuil ini.
Kesempurnaan mumia Rosalia menjadi kajian para saintis.
Mumia Rosalia dipamerkan bersama mumia yang lain di kuil ini.

____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This