Pelantikan dua ADUN jadi TKM, menteri tidak mewakili UMNO Sabah

Dari Penulis

DRAMA politik di Sabah belum berakhir apabila UMNO Sabah tidak mengiktiraf pelantikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti itu dalam Kabinet baharu negeri, hari ini.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin malah menyatakan bahawa pelantikan ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya serta ADUN Sugut, Datuk James Ratib sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah tidak mewakili parti berkenaan.

Menurut Bung Moktar, UMNO Sabah tidak memberikan cadangan untuk dua ADUN berkenaan dilantik menganggotai Kabinet pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Malah, Bung Moktar yang juga ADUN Lamag berkata, pelantikan berkenaan dilihat membelakangkan parti dan mereka hanya mewakili individu untuk kepentingan diri masing-masing.

“Pelantikan Kabinet baharu melibatkan dua ADUN UMNO ini tidak mewakili parti dan kita tidak membuat sebarang pengiktirafan berkenaannya.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor juga tidak boleh mengatakan atau mengiktiraf mereka ini mewakili UMNO dalam barisan kabinetnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah dirombak

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, pihaknya juga sedang membawa perkara berkenaan untuk dihadapkan kepada lembaga disiplin parti kerana membelakangkan keputusan UMNO-BN Sabah.

“Kita akan berbincang dengan Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengambil sebarang tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada masa sama, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyifatkan pelantikan tersebut membelakangkan nasihat dan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi penubuhan kerajaan perpaduan di Sabah.

Beliau turut mengingatkan Hajiji supaya bersikap adil dengan rakan Kabinet tanpa campur tangan secara langsung dalam soal pentadbiran kementerian masing-masing.

“Perlu diingat pembentukan kerajaan perpaduan, BN turut membantu dan perkara ini perlu dilihat oleh Ketua Menteri.

“Jangan hanya mengaut keuntungan dan rakyat diabaikan, buatlah perubahan untuk rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This