RATUSAN penduduk dilaporkan bertindak agresif dengan memusnahkan kediaman dua remaja pembunuh kanak-kanak di Makassar, Sulawesi Selatan, semalam.
Memetik laporan Detik.com, penduduk telah menyerang kediaman dua tingkat milik keluarga suspek yang dikenali sebagai AD berusia 17 tahun di Jalan Batua Raya.
Difahamkan, ketika kejadian keluarga suspek sudah meninggalkan kediaman terbabit kerana bimbang akan kemarahan penduduk setempat.
Penduduk kemudian menuju ke rumah seorang lagi pembunuh yang dikenali sebagai MF, 14, yang terletak di Jalan Borong Raya.
Keluarga suspek telah melarikan diri semasa kejadian dan kediaman yang diperbuat daripada kayu itu habis dirosakkan oleh penduduk yang sedang marah.
Terdahulu, media Indonesia melaporkan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai MFS berusia 11 tahun dilaporkan hilang pada Ahad.
Baca : Tukang masak warga Bangladesh didakwa bunuh pesakit mental
Semakan kamera litar tertutup mendapati suspek telah mengajak mangsa untuk membantu membersihkan rumah dengan upah sebanyak RM14.
Bagaimanapun, selepas menaiki motosikal bersama suspek, mangsa tidak pulang ke rumah dan ditemui meninggal dunia di jambatan Moncongloe, Maros.
Mangsa ditemui dalam keadaan kedua-dua kaki dan tangan diikat serta dibalut dengan beg plastik.

Sementara itu Ketua Polis Panakukang, Komisioner Abdul Azis berkata, hasil siasatan bersama suspek mendapati tujuan penculikan adalah bagi penjualan organ badan.
“Kedua-dua suspek yang juga masih murid sekolah mengaku telah tergoda dengan harga jualan organ tubuh manusia yang dilihat di Google,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

