KONFLIK rumah tangga Syamsul Yusof memasuki siri baharu apabila isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana minta ‘dilepaskan’ kerana tidak rela hidup bermadu.
Puteri Sarah bertindak demikian selepas sudah hilang sabar dan suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan itu tidak menghubunginya untuk berbincang mengenai masalah mereka.
“Kepada Mohd Syamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta ‘lepaskan’ saya kerana saya tidak rela dimadu.
“Awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toksik dan narsistik,” tulisnya di Instagram.
Perkongsian aktres berusia 38 tahun itu nyata mengejutkan banyak pihak dan rata-rata pengikutnya di Instagram turut meninggalkan kata-kata semangat.
Sementara itu, menerusi hantaran lain di Instagram Syamsul, pengarah sensasi itu memuat naik kapsyen meminta kedua-dua isterinya tenang dan banyakkan bersabar.
Malah, Syamsul turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.

