‘Dijamin bersih’, pemilik kedai makan jawab dakwaan tikus dalam nasi kukus

Dari Penulis

SEORANG pemilik kedai makan tampil memberi penjelasan susulan tular sebuah klip video mendakwa terdapat tikus di dalam sajian Restoran Nasi Kukus D Garden, Putatan, petang tadi.

Pemilik kedai yang dikenali sebagai Syida Hasmid mengesahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabah telah hadir ke premis dan menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan tikus atau kekotoran di dalam premisnya.

“Hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan memberi markah sebanyak 89 peratus terhadap tahap kebersihan kedai kami.

“Namun, pihak penguat kuasa kesihatan menasihati untuk ditutup pada hari tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan premis sekali lagi,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Pemilik kedai makan tampil memberi penjelasan susulan klip video tular.

Jelas Syida, premisnya menitik beratkan tahap kebersihan dan sebelum ini dikategorikan sebagai premis bersih oleh Majlis Daerah Putatan serta KKM.

Baca : Gerai roti canai guna telur ada tahi ayam diarah tutup, pemilik mohon maaf

“Perkara ini masih dalam pemerhatian dan siasatan kami berkaitan isu sebenar apa yg terjadi,” tambahnya.

Pihak KKM dan Majlis Daerah Putatan hadir ke kedai makan nasi kukus bagi melakukan pemeriksaan.

Sementara itu, menerusi sebuah lagi hantaran Syida, beliau mengajak orang ramai untuk menjamu selera di kedai miliknya.

“Nasi Kukus D’garden putatan beroperasi mcm biasa, jangan risau dijamin bersih.. baru jak makan SEDAP mcm biasa, jngan bilang kami tidak makan ya, owner pun makan tauu”.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pelanggan mendakwa makanan terdapat kepala tikus di dalam sajian yang dipesan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This