Hermono harap isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia temui titik penyelesaian positif

Dari Penulis

DUTA Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berharap satu penyelesaian dapat ditemui berhubung isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia.

“Dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia baru baru ini turut menekankan soal ingin menyelesaikan keadilan pekerja Indonesia di Malaysia.

“Ini membuka harapan yang positif kepada kami,” katanya berucap pada majlis makan malam bersama media dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) di kediaman rasmi Kedutaan Indonesia di ibu negara, hari ini.

8 Jan lepas, Anwar, dalam lawatan kerja dua hari ke Indonesia, berkata Malaysia sentiasa memberi keutamaan kepada Indonesia dalam hubungan dua hala.

“Indonesia menerima saya sebagai sahabat sejati, jadi saya tidak melupakan,” katanya kepada media selepas menyaksikan penyerahan Surat Hasrat dan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Indonesia di Jakarta.

Hermono berkata satu pertemuan akan diadakan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam tempoh terdekat berhubung isu itu.

Beliau juga berharap kerjasama positif dengan media Malaysia dalam membantu isu berkenaan dan banyak lagi pertemuan akan diadakan dengan pihak media bagi memberi penjelasan dan kerjasama.

Pada majlis yang sama Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Mokhtar Hussein menyambut baik kerjasama berkenaan dan berharap hubungan sedemikian dapat diteruskan dari masa ke semasa. – BERNAMA

 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This