Bomba selamatkan dua remaja lelaki dalam Sungai Kerayong

Dari Penulis

DUA remaja lelaki yang dilaporkan berada di dalam Sungai Kerayong, Jalan Pandan Mewah dengan kedalaman enam meter berjaya diselamatkan bomba, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.29 petang.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba empat minit kemudian dan mendapati dua remaja yang dikenali sebagai R. Sharvin Kumar, 15 dan T. Gookilan, 14, berada di dalam sungai dengan jarak 50 meter antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bomba menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan tali dan tangga jentera.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan keluarga sebelum bertolak pulang ke balai pada pukul 6.42 petang,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rakyat Malaysia dinasihat elak kawasan demonstrasi di pusat bandar Jakarta

RAKYAT Malaysia yang berkunjung ke Jakarta, Indonesia untuk urusan perniagaan atau pelancongan dinasihatkan supaya menghindari lokasi demonstrasi di beberapa...

More Articles Like This