PLUS keluarkan TTA sempena Tahun Baharu Cina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BAGI mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena Tahun Baharu Cina, pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bermula 19 hingga 22 Januari ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pengguna dari Lembah Klang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 9 pagi.

Jelasnya, ini untuk mengelakkan daripada bertembung dengan perjalanan pengguna yang menghala ke destinasi yang lebih dekat.

Ujarnya, saranan dibuat berikutan jangkaan sebanyak dua juta kenderaan bakal menggunakan lebuh raya pada setiap hari puncak pada musim perayaan itu.

“Cadangan itu juga adalah berdasarkan analisa PLUS mengendai data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim perayaan yang lalu.

“TTA kali ini turut berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Bukan amalan saya datang umum projek baharu untuk menang hati rakyat – PM

Zakaria menambah, TTA merupakan strategi pengagihan trafik oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat dan selesa.

Pihaknya menjangkakan, pengguna menghala ke destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang, dinasihatkan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.

“Kajian juga menunjukkan bahawa perjalanan pengguna yang mematuhi TTA akan lebih lancar dan lebih selesa.

“Namun, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

“Pihak PLUS ingin menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihati pengguna RFID supaya memastikan baki e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

“Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Urusan kerajaan Johor tetap berjalan menjelang PRN

URUSAN pentadbiran Kerajaan Negeri Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama...

More Articles Like This