Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara, Nepal terhempas.

SEKURANG-kurangnya 68 orang disahkan terbunuh apabila pesawat Yeti Airlines yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal dilaporkan terhempas di Pokhara, Nepal, pagi semalam.

Jurucakap Yeti Airlines, Sudarshan Bartaula berkata, seramai 37 lelaki, 25 wanita, tiga kanak-kanak dan tiga bayi ditemui nahas di lokasi terbabit.

Sementara itu, Jurucakap Tentera Darat, Krishna Prasad Bhandari berkata usaha pencarian empat yang masih hilang akan diteruskan hari ini.

“Ratusan anggota dikerahkan dalam usaha mencari empat mangsa yang belum lagi ditemui,” ujarnya.

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, seramai 53 penumpang dan empat anak kapal adalah warga Nepal.

Baca artikel : Pesawat terhempas, sekurang-kurangnya 66 orang maut di Nepal

Sementara 15 mangsa lagi terdiri daripada lima warga India, empat warga Rusia, dua warga Korea dan selebihnya warganegara Australia, Argentina, Perancis dan Ireland.

Difahamkan, kali terakhir pesawat berhubung dengan lapangan terbang Pokhara pada 10.50 pagi waktu tempatan, kira-kira 18 minit selepas berlepas.

Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.”

“Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter.

Malah, kerajaan Nepal juga mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum bagi meratapi pemergiaan mangsa nahas terbabit.

Sejak semalam, tular di media sosial rakaman detik-detik sebuah pesawat terbang rendah di atas kawasan rumah penduduk sebelum terhempas dan disusuli dengan bunyi letupan kuat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram