[VIDEO] Hariz Danial ambil masa 3 hari buat persediaan emosi untuk rakamkan Hukum

Dari Penulis

BERBEKALKAN wajah yang tampan tanpa bakat bukanlah tiket untuk mengecap kemasyhuran. Namun bagi pendatang baharu, Hariz Danial, dia mempunyai pakej yang lengkap, memulakan langkah perdananya sebagai penyanyi baharu dalam industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman Armani Entertainment Group (AEG), Hariz hadir dengan single pertamanya berjudul Hukum.

Hukum mendapat sentuhan komposer terkenal, Sirkhan Danial dan Ibnu Rinkarnaen, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya.

“Syukur Alhamdulillah kerana peluang menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Sirkhan Danial dan juga Ibnu Rinkarnaen.

“Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Datuk KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Sumber Manusia), UiTM Bandaraya Melaka.

Siapa sangka jejaka berwajah ‘boyish’ ini sudah pun berumur 27 tahun, perjalanan seninya bermula ketika dia masih lagi bergelar siswazah sepenuh masa.

“Ketika menuntut di universiti, saya sudah pun aktif menyanyi atas undangan acara kecil-kecilan seperti majlis perkahwinan, makan malam dan just pesta graduasi.

“Mulanya sebagai hobi kemudiannya bertukar menjadi pendapatan sampingan ketika masih belajar, saya mula serius apabila menyertai program I Can See Your Voice musim ketiga dengan menjadi pemenang mingguan sehinggalah saya dinobatkan sebagai juara keseluruhan, dan bukan itu sahaja, saya pernah menjadi salah satu peserta program Vokal Mania di TV3.

“Apabila pihak AEG mengadakan ujibakat di Johor Bahru, saya mencuba nasib dan rezeki menyebelahi saya apabila ditawarkan menjadi salah satu ‘talent’ di bawah label mereka,” jelas Hariz.

Lagu Hukum merupakan sebuah karya balada pop moden dengan sedikit elemen rock yang menceritakan tentang perhubungan sepasang kekasih yang tiada persefahaman dan tidak sehaluan.

Walaupun segala pengorbanan dan curahan kasih sayang seakan tidak bererti kerana apa yang dimahukan kadang kala tidak ‘menjadi’ dan masing-masing harus akur dengan ketentuan-Nya.

“Proses rakaman memakan masa selama tiga hari kerana saya perlu mempersiapkan emosi serta vokal yang dikehendaki agar meresap ke dalam jiwa apabila dinyanyikan.

“Begitu juga dengan MV (video muzik) yang bermetafora mendalam melalui teknik artistik yang ditonjolkan. Saya memainkan watak teman lelaki yang seakan merangkak ke hadapan dan belakang menunjukkan betapa peritnya untuk melepaskan seseorang yang kita sayang, kalau hendak tahu lebih lanjut, wajib menontonnya di YouTube nanti.

“Harapan saya agar lagu ini diterima oleh semua pendengar dan mendapat sokongan ramai agar mampu berada di peringkat yang lebih tinggi, dan cubalah selami serta fahami maksudnyanya,” tambah Hariz.

Single Hukum boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This