Alif Satar tegaskan tak terlibat aksi ‘panas’ filem Pulau – “Jika saya rasa babak ini tak sesuai untuk dilakonkan, saya beritahu pengarah…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON utama filem Pulau, Alif Satar menegaskan bahawa dia tidak terlibat dalam adegan ‘panas’ naskhah arahan Euho seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar,32, pengarah menghormati prinsipnya yang enggan melakonkan babak mesra dengan pelakon wanita lain.

“Saya rasa sangat terkejut kerana mereka memahami dan ada sempadan sebab itu ada pelakon-pelakon berbangsa lain melakonkan babak mesra.

“Saya akui gementar tapi pada masa sama gembira sebab pengarah memahami dan tidak satukan saya dalam babak yang sama. Watak saya dalam filem Pulau ini pula hampir sama dengan diri saya yang sebenar.

“Filem ini dilakonkan oleh pelakon yang pelbagai bangsa. Jika saya rasa babak ini tak sesuai untuk dilakonkan, saya beritahu pengarah dan akan minta tukar. Sebab saya tahu citarasa penonton dan budaya kita,” katanya kepada URTV.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Pulau yang diadakan di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem Pulau bakal menemui penonton dipawagam seluruh negara bermula 9 Mac 2023.
Antara pelakon-pelakon yang menjayakan filem Pulau.

Meskipun belum ditayangkan, namun filem ini mengundang perdebatan ramai sehingga menarik perhatian pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed yang menggesa pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menghentikan tayangan filem terbabit kerana menganggap tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat.

Menurut PU Syed, filem tersebut terang-terangan menampilkan babak ‘panas’ selain pelakon-pelakon wanita berpakaian terlalu seksi yang dianggap tidak sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

@pu_syedofficial

Mohon pihak berwajib dan yg berkaitan agar meniliti filem ini kerana banyak adegan dan gaya pemakaian yg sgt teruk!! Jika terlalu melampau, sekat dari ditayangkan!

♬ Munajat – DAQMIE

Selain Alif, filem tersebut turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjana Suri, Harris Anuar, Puiyi, Alex Henderson, Namron Mark O’Dea dan Vikar. Filem terbitan WebTV Asia itu akan ditayangkan pada 9 Mac depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This