Peragut hanya sempat lari sejauh 10 meter sebelum dicekup orang ramai

Dari Penulis

CUBAAN peragut meloloskan diri selepas meragut seorang penghantar makanan tidak kesampaian selepas dia ditangkap orang ramai dekat Bandar Mahkota Cheras, Kajang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata, suspek hanya sempat melarikan diri sejauh 10 meter.

Katanya, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 35 tahun mendakwa beg silangnya telah diragut suspek dengan menaiki motosikal.

“Semakan mendapati suspek seorang lelaki Melayu berusia 22 tahun mempunyai 12 rekod lampau jenayah dan lima rekod dadah.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis buru Mad Kelawar, Yun selepas rakan ditangkap ketika cuba ragut pelajar

Jelasnya, polis turut merampas barangan yang diragut suspek iaitu wang tunai, jam tangan, telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank.

“Turut dirampas beberapa peralatan seperti spanar, playar, kunci khas bentuk L, pemutar skru, pisau lipat dan sebuah motosikal jenis Honda yang digunakan suspek sewaktu kejadian,” ujarnya.

Zaid berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu dan kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This