Hidangan yang dimakan sejak zaman Roman dan Greek ini secara dasarnya berasal daripada perkataan ‘sal’ yang membawa maksud garam. Garam sering digunakan sebagai bahan pelengkap di dalam salad ketika itu. Perkataan Latin ‘sal’ juga di sebut ‘salata’ bermaksud hidangan bergaram.
Kemudian pada zaman Old French ia di namakan ‘salade’ dan seterusnya pada tahun abad ke-14 ia di namakan salad ataupun sallet. Sehingga ke hari ini, hidangan salad yang diperkenalkan sejak zaman Roman dan Greek ini membawa kesan kepada sistem pemakanan negara-negara bekas penjajah termasuklah negara kita.

SALAD HERBA PASTA
BAHAN
1 cawan salad arugula
1 cawan daun selada air
1 cawan daun Thai basil
5 biji ceri tomato – potong dua
1 cawan pasta – rebus al dente
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
1 tangkai daun parsli segar – hiris halus
SOS MADU LEMON
BAHAN
1 sudu besar madu
½ biji jus lemon
¼ sudu besar minyak jagung
Sedikit garam dan lada
CARA PENYEDIAAN:
1. UNTUK SOS MADU LEMON : Satukan jus lemon, minyak dan madu sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.
2. Kemudian satukan sos madu dengan ke semua daun herba dan pasta. Gaulkan sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan.
TIP SAJI : Al dente bermaksud teknik rebus teksturnya masih kenyal jika digigit.

SALAD MANDARIN AYAM PANGGANG
BAHAN SALAD:
1 biji limau mandarin – kupas kulit & buang biji
1 mangkuk campuran daun salad
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam, gula & lada putih
BAHAN PERAPAN AYAM:
3 keping peha ayam tanpa tulang
1/2 cawan minyak zaitun
1 sudu besar biji ketumbar
1 biji bunga lawang – ketuk
5 biji bunga cengkih – ketuk
1 batang kulit kayu manis – pecahkan
1 biji parutan kulit limau nipis
BAHAN MENTEGA SOS
4 sudu besar mentega lembut
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil cili keping
1 sudu besar daun ketumbar
Sedikit parutan kulit limau
Garam & lada putih secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan ke semua bahan perapan dengan peha ayam perap semalaman atau 2 jam.
2. Campurkan ke semua bahan sos mentega dan kacau sebentar sehingga sebati.
3. Campurkan ke semua bahan salad dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4. Panggang ayam di atas pemanggang sehingga masak
5. Setelah ayam siap dipanggang, letakkan sedikit bahan sos dan bahan salad.

SALAD SAYURAN
BAHAN SALAD
200 gm kubis ungu – secukupnya
5 keping daun salad
1 biji timun Jepun – hiris bulat menyerong
1 biji tomato – hiris nipis
BAHAN UNTUK AYAM
3 keping isi ayam – dadu kecil
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1 biji putih telur
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN
Kacang Shandong – secukupnya
1 sudu kecil bijan
3 sudu besar sos cili Thai
Sedikit perahan lemon
CARA PENYEDIAAN :
1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan tuskan.
2. Ambil bekas sederhana besar, campurkannisi ayam, lada sulah, sedikit garam, tepung jagung dan putih telur. Gaulkan ke semuanya, perap seketika.
3. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing. Angkat dan tuskan.
4. Hiris ke semua bahan salad, masukkan ke dalam bekas. Gaulkan bersama hirisan timun Jepun dan hirisan tomato.
5. Kemudian masukkan ayam, gau rata. Tuangkan sos Thai, bijan, kacang dan perahan lemon.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

