Sate selain dibakar, ia juga boleh digoreng. Sate goreng antara menu wajib, orang Pantai Timur terutamanya di Terengganu bila tibanya musim perayaan. Untuk membuatnya tidaklah terlalu sukar.
Pilih daging yang tidak terlalu banyak urat. Seeloknya daging batang pinang. Jika perap daging lebih lama, ia lebih sedap. Ketika menggoreng sate, jangan terlalu banyak minyak dan jangan terlalu lama sehingga hilang ‘juicy’, sate akan menjadi keras dan liat.

SATE GORENG
BAHAN
1 kg daging batang pinang – potong nipis
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAP
4 cm lengkuas
4 cm halia
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
CARA PENYEDIAAN :

1.Daging dipotong nipis,dibersihkan dan dituskan. Ketepikan.

2.Satukan ke semua bahan perap, kemudian gaulkan dengan daging hingga sebati.

3.Masukkan gula dan garam, gaul rata. Perapkan daging selama 4 jam.

4.Panaskan minyak, goreng daging sehingga masak.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

