Nikmati Hidangan Mi Cina, Sesekali Kita Ubah Selera

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini, Saji kongsikan resipi hidangan mi Cina yang sering menjadi pilihan kebanyakkan, restoran Cina Muslim.

Istimewanya, penggunaan bahan-bahan segar dengan kaedah penyediaan mudah, ringkas dan tidak renyah, serta boleh di kategorikan sebagai hidangan sihat, menyebabkan mi Cina ini menjadi pilihan ramai.

Mi ini semua tidak pedas. Sesuai untuk anak-anak. Kalau nak rasa pedas, makan dengan cili kicap. Ada juga yang suka, sup kosong. Terpulang dengan selera anda. Jom kita cuba, sesekali kita ubah selera.

MI KICAP DAGING

BAHAN
250 gm mi wantan
100 gm sayur pak choy – celur
1 sudu kecil kicap cair
¼ sudu kecil kicap pekat
½ sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak masak
Sedikit minyak bijan

BAHAN REBUSAN DAGING
250 gm daging lembu
2 kuntum bunga lawang
5 helai daun salam
600 ml kicap cair
200 ml kicap pekat
300 gm gula batu
1 liter air

CARA PENYEDIAAN :
1. Reneh daging bersama, bahan rebusan daging selama 2 jam.
2. Setelah daging empuk, angkat dan tuskan. Kemudian hiris nipis daging. Ketepikan.
3. Celur mi wantan di dalam air panas. Keluarkan dan curahkan air sejuk seketika di atasnya. Tuskan.
4. Kemudian gaulkan mi wantan dengan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak masak dan minyak bijan.Letakkan di dalam pinggan.
5. Letakkan mi wantan ke dalam pinggan. Hidangan bersama sawi dan hirisan daging.

MI DAN DAN

BAHAN
250 gm mi lo mein
100 gm isi ayam – cincang
50 gm cendawan butang – potong dadu
50 gm rebung – potong dadu
50 gm lada benggala hijau/kuning/merah – potong dadu
1 sudu besar mentega kacang
1 sudu kecil sos kacang
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kicap cair
¼ sudu kecil kicap pekat
½ sudu makan sos tiram
1 sudu besar minyak masak
100 ml stok ayam
Sedikit minyak bijan

CARA PENYEDIAAN :
1.Celur mi lo mien dalam air panas. Angkat dan masukkan dalam air sejuk. Tuskan.
2.Kemudian gaulkan mi lo mien dengan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak masak dan minyak bijan.
3.Panaskan minyak, tumis lada benggala, cendawan, rebung dan isi ayam.
4.Masukkan stok ayam, sos kacang dan air bancuhan tepung jagung, agar kuah sedikit pekat. Kacau perlahan-lahan.
5.Setelah kuah masak, curahkan di atas mi lo mein dan bolehlah dihidangkan.

MI DUMPLING

BAHAN
250 gm mi wantan
5 keping kulit wantan
100 gm pak choy – celur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil kicap cair
¼ sudu kecil kicap pekat
½ sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
1 sudu besar pes kacang panggang

BAHAN ISI DUMPLING
300 gm isi udang
1 tangkai parsli
Garam dan lada sulah

CARA PENYEDIAAN :
1.Celur mi wantan di dalam air panas. Keluarkan dan curahkan air sejuk seketika di atasnya. Tuskan.
2.Kemudian gaulkan mi wantan dengan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak masak dan minyak bijan.
3.Masukkan pes kacang panggang, gaul rata mi wantan. Ketepikan.
4.ISI DUMPLING : Kisar isi udang hingga lumat. Masukkan parsli, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
5.Ambil sekeping kulit wantan, letakkan satu sudu isi dumpling. Bungkus kemas, kukus selama 10 minit. Setelah masak, angkat dumpling dan hidangkan bersama mi wantan dan pak choy.

MI LO MEIN AYAM TEMPURA

BAHAN
250 gm mi lo mein
100 gm sayur pak choy – celur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil kicap cair
¼ sudu kecil kicap pekat
½ sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan

BAHAN AYAM TEMPURA
150 gm ayam
½ biji telur
150 gm tepung tempura
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
1.Celur mi lo mein dalam air panas. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Tuskan.
2.Kemudian gaulkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak masak dan minyak bijan. Ketepikan.
3.AYAM TEMPURA : Ayam yang telah dibersihkan disalutkan dengan telur dan tepung tempura.
4.Panaskan minyak, gorengkan ayam sehingga kekuningan. Setelah masak, angkat dan potong ayam.
5.Hidangkan bersama mi lo mein dan pak choy.

MI WANTAN KUCAI

BAHAN
150 gm kulit wantan
50 gm udang kering
7 tangkai daun kucai
200 ml stok ayam
Garam dan lada sulah

CARA PENYEDIAAN :
1.Kisar udang kering hingga lumat dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, masukkan udang kering tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan stok ayam dan kecilkan api, biarkan sehingga mendidih.
4.Sementara itu, rendamkan kulit wantan ke dalam air sejuk seketika.
5.Kemudian masukkan ke dalam stok ayam, reneh sehingga mendidih.
6.Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.
7.Hidangkan mi wantan ke dalam mangkuk dan hiaskan hirisan daun kucai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This