PM ucap Selamat Tahun Baharu Cina, papar kisah seekor arnab

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina yang akan meraikan perayaan itu, esok.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan perayaan-perayaan besar di negara ini memberi peluang untuk menyemai semangat perpaduan.

Pada masa sama, kata beliau, ia turut memberi peluang untuk kita saling mengenali antara satu dengan yang lain.

“Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 kepada seluruh masyarat Cina di negara ini,” katanya dalam hantaran itu.

Baca artikel berkaitan: PLUS keluarkan TTA sempena Tahun Baharu Cina

Perdana Menteri turut memuat naik video satu video memaparkan kisah seekor arnab putih bernama Miki bersempena tahun arnab dalam kalendar Cina.

Dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu, Perdana Menteri menunjukkan Miki yang tetap meneruskan perjalanan walaupun menempuh segala kepayahan dan kesusahan.

Video tersebut turut memberi mesej kepada rakyat Malaysia supaya jangan pernah mengalah sebaliknya bangkit dengan semangat perpaduan.

Anwar kemudiannya tampil memegang arnab itu sambil berkata “Sebagai satu negara merdeka, sudah matang dan dewasa, wajar kita perkasakan semua rakyat, semua kaum di negara Malaysia tercinta.

“Di kesempatan ini, mari kita sama-sama merayakan hari kebesaran masyarakat Cina,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This