Polis siasat video Nurul Ilham dakwa jadi mangsa buli jalan raya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menjalankan siasatan susulan tular rakaman video anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Ilham yang mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, rakaman video berdurasi 14 saat yang tular menerusi Twitter milik Nurul Ilham memaparkan kereta jenis Proton Iriz dipandu dengan perlahan di lorong laju.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku di Kilometer 307 Lebuh Raya Utara Selatan itu turut menyaksikan pemandu Proton Iriz itu menekan brek beberapa kali di lorong tersebut sehingga membuatkan Nurul Ilham berasa bahaya dengan cara pemanduan berkenaan.

Sehubungan itu, Anbalagan memaklumkan, siasatan lanjut akan dijalankan dengan kedua-dua pemandu dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kemalangan mahu pun kecederaan yang dialami kedua-dua pihak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Anak PM, Nurul Ilham dakwa jadi mangsa buli jalan raya

Mengulas lanjut, Anbalagan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihati untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ketika memandu kenderaan,” katanya.

Semalam, UtusanTV melaporkan Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.

Dalam perkongsian di Twitter, anak keempat Perdana Menteri itu berkata, beliau telah menjadi mangsa buli seorang wanita yang memandu kereta jenis Proton Iriz.

Nurul Ilham turut berkongsi video berdurasi 14 saat di ciapan Twitternya.

Menurut beliau, pemandu kereta Proton Iriz itu berterusan menekan brek ketika berada di lorong laju.

Beliau turut meluahkan kebimbangan dengan cara pemanduan wanita berkenaan yang disifatkan sangat berbahaya apatah lagi anaknya berada dalam kenderaan itu ketika kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This