PN teliti senarai calon PRN, mahu menang di Selangor

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) masih meneliti senarai calon yang tepat untuk diketengahkan pada enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN amat berhati-hati dalam proses pemilihan supaya hanya calon yang mampu menang akan disenaraikan.

“PN mahu menang di Selangor, Negeri Sembilan dan tidak mustahil juga boleh menang di Pulau Pinang.

“PN perlu memastikan semua calon yang akan bertanding kali ini bukan sahaja boleh diterima oleh orang Melayu tetapi juga diterima baik oleh bukan Melayu terutamanya di tiga negeri yang dikuasai oleh PH ketika ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PN di Ruang Legar Menara PGRM, hari ini.

Hamzah menambah, juga PN optimis mampu meraih kemenangan di tiga negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan meneruskan penguasaannya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri di bawah PN.

Sementara itu, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau turut menegaskan prinsip utama rundingan parti itu adalah memastikan kemenangan berpihak kepada PN.

Beliau yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang, berkata ketika ini rundingan di antara parti komponen masih berjalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This