Tangkap layar rakaman memaparkan seekor buaya menghantar seorang kanak-kanak yang dilaporkan lemas di Sungai Mahakam.

TULAR sebuah klip video memaparkan seekor buaya menghantar mayat seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas ketika bermain di Sungai Mahakam, Kalimantan Timur, kelmarin.

Memetik laporan Detik.com, mayat Muhammad Ziyad Wijaya itu dihantar oleh seekor buaya selepas dua hari dilaporkan hilang.

Ketua Balai Pencarian dan Bantuan Basarnas Kalimantan Timur, Melkianus Kotta berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari pinggir muara.

“Pada pukul 7 pagi ketika pasukan penyelamat sedang melakukan pencarian orang hilang untuk hari kedua, pasukan berkenaan telah menerima maklumat mendakwa ternampak seekor buaya membawa mayat manusia,

“Setelah buaya itu melepaskan mayat, ternyata itu adalah kanak-kanak yang kami cari,” katanya.

Baca artikel :Buaya gergasi sepanjang 5 meter ditangkap, disyaki baham remaja perempuan

Katanya, mayat Ziyad telah dihantar ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang anggota badan yang hilang dan masih dalam keadaan sempurna.

“Semua anggota badan masih ada. Buaya ini membantu kami dalam pencarian mayat mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Timur, Matheas Ari Wibawanto berkata, buaya terbabit tidak akan ditangkap dan dipindahkan dari kawasan terbabit.

“Tiada pemindahan kerana Sungai Mahakam adalah habitat buaya itu.

“Malah terdapat ratusan ekor buaya pelbagai saiz di dalam sungai itu,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram