Hormati privasi, Afifah Nasir enggan kongsi siapa bakal suami sehinggalah…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DEMI menjaga privasi, pelakon Afifah Nasir tidak mahu terlalu mendedahkan identiti bakal suaminya kepada umum.

Jelas Afifah, buah hatinya itu bukanlah individu yang bekerja dalam industri hiburan, justeru dia menghormati dan sangat menjaga hati demi keharmonian hubungan mereka.

“Kalau boleh saya tak nak cerita terlalu banyak mengenai dia sebab dia bukanlah orang dalam industri. Dia pun seorang yang sangat menjaga privasi.

“Saya takut dia tak selesa. Sebab itu saya tak mahu terlalu mendedahkan mengenai identiti dia secara terbuka,” katanya kepada URTV.

Afifah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengenalan koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Afifah mengakui sudah bersedia untuk memegang status sebagai seorang isteri pada bila-bila masa.

Namun, jelas Afifah lagi, semuanya berbalik kepada perancangan Tuhan yang menentukan segalanya.

“Kalau tanya saya, saya mmemang nak kahwin secepat mungkin. Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan.

“Sejujurnya, perancangan untuk berkahwin itu memang ada. Tapi saya akan sibuk sepanjang tahun ini sebab ada beberapa tawaran kerja yang sudah saya persetujui lebih awal.

“Tak eloklah pula kalau saya nak batalkan sebab nak kahwin. Tapi kalau tak jadi kahwin tahun ini, Insya-Allah saya sasarkan tahun hadapan saya akan berkahwin.

“Nak buat majlis kahwin ambil masa yang agak lama. Makan masa berbulan-bulan. Tapi bila dah ada tarikh yang ditetapkan, saya tak akan sembunyi sebab saya tahu semua orang pun menunggu juga,” ujarnya.

Tambahh Afifah, sebolehnya dia hanya mahu mengadakan sebuah majlis tertutup yang dihadiri rakan rapat dan ahli keluarga namun semuanya masih dalam perancangan.

“Saya mahukan sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan rapat.

“Bagi saya, paling penting, majlis dapat dijalankan dengan sempurna. Itu pun sudah memandai buat saya.

“Tapi, ibu bapa saya kalau boleh, mereka nak jemput rakan-rakan mereka. Jadi, tengoklah bagaimana nanti.

“Lokasi majlis pun saya belum tentukan, cuma saya dah ada beberapa senarai lokasi,” kongsinya.

Selain Afifah yang menjadi seorang daripada beberapa artis yang memperagakan busana perkahwinan rekaan pereka junior di bawah Rizman Ruzaini, Akmal Hakim Ajirul.

Selebriti lain ialah Sissy Iman, Nabila Razali, Azira Shafinaz, Hawa Rizwana, Shaza Bae, dan Siti Khadijah Halim.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This