[VIDEO] Motosikal tiba-tiba hilang kawalan hingga langgar kereta, tangan kanan Noorkhiriah lebam dan tisu koyak

Dari Penulis

PELAKON Noorkhiriah mengalami kecederaan pada tangan kanan selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan hingga melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Menurut Noorkhiriah, ketika itu dia sedang melakonkan babak menaiki motosikal dalan drama Bosskid sebelum kemalangan hingga mengakibatkan tangan kanannya lebam dan tisu koyak.

“Alhamdulillah akak okay, cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja saja. Tak patah cuma tisu koyak.

“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya.

Noorkhiriah berkata demikian menerusi perkongsian di Instagram, hari ini.

Sebelum ini, Noorkhiriah ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menunggang motosikal untuk salah satu babak drama lakonannya sebelum insiden berlaku.

Jelas Noorkhiriah, pihak produksi turut memintanya untuk segera mendapatkan rawatan perubatan kerana khuatir dengan keadaan tangannya.

“Lepas kejadian, masing-masing suruh akak pergi jumpa doktor takut kejadian lebih teruk.

“Nak pengsan sebenarnya sebab terkejut. Akak tak tahu nak cakap macam mana. Apa pun terima kasih yang mendoakan dan yang gelak dulu baru doa pun akak okay.

“Maaf pada yang mesej dan telefon. Terima kasih. Cuma saya tak dapat balas. Saya dah mula rasa sakit. Nak tidur kejap, jaga diri semua,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This