Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,703 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,093 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi. GAMBAR BERNAMA

JUMLAH mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,703 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,093 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) berkata tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan kesemuanya 16 PPS di Daerah Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

“Segamat paling teruk dilanda banjir dengan 1,229 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Bagi Daerah Kluang pula, seramai 300 orang daripada 84 keluarga dipindahkan ke enam PPS sementara 174 penduduk daripada 40 keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke dua PPS,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.

Selain tiga jalan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup untuk semua kenderaan, menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.06 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.66m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 38.06m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.7 m.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram