Tangani isu ancam keharmonian, perpaduan Bangsa Johor dengan cekap – Sultan Johor

Dari Penulis

PIHAK berkuasa seharusnya cekap menangani isu-isu yang dikhuatiri boleh mengancam keharmonian dan perpaduan Bangsa Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merujuk dakwaan tular berkaitan bengkel peperiksaan dianjurkan khusus bagi pelajar Islam oleh sebuah sekolah menengah di Johor Bahru.

Baginda bertitah, tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa boleh membantu mencegah kekeliruan serta penularan sentimen berbaur kebencian.

“Saya tidak mahu Bangsa Johor keliru dan mula berburuk sangka antara satu sama lain. Saya cukup menitik-beratkan betapa pentingnya persefahaman, perpaduan dan toleransi antara kaum kita yang pelbagai.

“Jabatan Pendidikan seharusnya bertindak pantas untuk menangani situasi sebegini agar tidak menular emosi negatif serta perkara tidak sahih dalam kalangan rakyat.

“Ia juga merupakan pengajaran kepada semua pihak yang perlu menangani rasa tidak puas hati mereka,” titah baginda seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Baginda bertitah, tiada individu patut disisihkan daripada sesuatu program awam kerana agama atau bangsanya.

“Jika benar ada yang diasingkan kerana itu, maka tindakan perlu diambil kepada penganjur. Begitu juga jika didapati ada tuduhan tidak benar dan dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Sebelum ini, tular di Twitter berkait tangkap layar dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa dan kakitangan sekolah yang melahirkan rasa tidak puas hati segelintir ibu bapa selepas sekolah itu didakwa mengadakan bengkel SPM secara eksklusif untuk pelajar Islam yang berprestasi rendah dalam akademik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This