Resipi Orang Perak, Rendang Rebung Dilupa Jangan

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Rendang rebung, salah satu masakan warisan orang Perak, yang kini semakin pupus. Dahulunya rendang rebung ini, akan dijadikan hidangan rewang. Ada juga yang menjadikan hidangan istimewa ini sebahagian menu kenduri. Tetapi kini, hidangan rendang rebung ini agak sukar di temui.

Proses membuat rendang rebung ini, tidaklah begitu susah. Rebung yang baru diambil, dibuang kulit luarnya. Ambil bahagian rebung yang lembut sahaja, di cincang atau disagat halus. Kemudian rebung dicelur untuk membuang rasa pahit. Selepas itu, barulah proses memasak dilakukan.

RENDANG REBUNG OPAH

BAHAN
1 kg rebung – sagat halus
500 gm udang
1 labu bawang besar- hiris halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit- simpul
Garam dan gula
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah

CARA PENYEDIAAN :
1.Bersihkan rebung dan sagat halus.
2.Celurkan dengan air panas dan tuskan.
3.Masukkan rebung yang telah dicelur ke dalam kuali.
4.Masukkan hirisan bawang besar, bahan kisar dan serbuk kunyit.
5.Kemudian masukkan daun kunyit dan santan, kacau sebati.
6.Setelah kuah mendidih, masukkan udang.
7.Sebatikan rasa garam dan gula.Masak sehingga kuah, agak kering.

PETUA SAJI : Udang boleh diganti dengan ikan bilis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This