Resipi Tradisi Kerabu Daging Mentah, Sedap Dimakan Begitu Sahaja

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Resipi orang lama ini, memang terbaik. Jangan risau memikirkan sama ada, daging yang diperap itu masak atau tidak. Ini kerana daging akan masak secara semulajadi dengan adanya campuran lada hitam, halia, cili padi dan jus limau nipis. Hidang ‘rare’ ini, sedap dimakan begitu sahaja. Perapkan sekejap dalam 20 minit, dan boleh terus dimakan.

BAHAN
350 gm daging batang pinang – hiris kecil nipis
100 gm kerisik
1 cawan santan pekat
½ cawan jus limau nipis
1 labu bawang besar – hiris halus
Garam dan gula
BAHAN KISAR KERING
10 tangkai cili padi
2 cm lengkuas
2 batang serai – ambil isi putih
1 sudu besar lada hitam

CARA PENYEDIAAN :
1. Hiris nipis daging, cuci dan tuskan airnya.
2. Pastikan air daging betul-betul kering.
3. Satukan daging dengan ke semua bahan kisar, gaul rata.
4. Masukkan kerisik, jus limau nipis, santan pekat dan hirisan bawang besar.
5. Sebatikan rasa garam dan gula. Gaul rata dan perapkan selama 20 minit. Selepas itu bolehlah dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This