ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka akan meningkat dan sesak mulai tengah hari ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka meningkat dan sesak mulai tengah hari ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir hari ini.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kesesakan dijangka dari Gopeng ke Tapah, Sungkai ke Slim River serta Pedas Linggi ke Port Dickson.

Trafik juga dijangka sesak dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di plaza tol,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Aliran trafik lebuh raya utama perlahan

Sementara itu, LLM memaklumkan berlaku kesesakan sepanjang empat kilometer di KM263.4 PLUS arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara susulan sebuah kereta rosak yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini dilaporkan berkata sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti Tahun Baharu Cina kali ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram