Pemimpin Bersatu perlu bersedia jadi ‘kluster mahkamah 2.0’, terlibat skandal penyalahgunaan dana kerajaan terbesar – Isham

Dari Penulis

â‹…

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Ahmad Faizal Azumu tidak memasuki urusan parti lain sebaliknya mengingatkan agar rakan-rakan dalam partinya untuk bersedia dihadapkan ke mahkamah dan menjadi ‘kluster mahkamah 2.0.”

Beliau berkata, kes mahkamah pemimpin Bersatu itu berkemungkinan akan menjadi skandal penyalahgunaan dana kerajaan terbesar dalam sejarah negara ini.

Isham berkata, Ahmad Faizal tidak perlu sibuk dengan urusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan menyarankan Timbalan Perdana Menteri itu direhatkan sementara menanti keputusan kes mahkamahnya berikut permohonannya mengembalikan pasport untuk memudahkan urusan rasmi negara.

“Saya saran supaya kamu atau rakan-rakan dalam parti kamu bersedia untuk dihadap ke mahkamah pula dan menjadi ‘kluster mahkamah 2.0’ kini akibat kes rasuah pengundi dan skandal penyalahgunaan dana kerajaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

https://www.facebook.com/isham.abdjalil/posts/pfbid031g5R5idCirkLhcvM8qNKdHKCSRU6KprwbEMeVQ1RmyBHL2ihcwgudwiSQZwGzMB4l

Ahmad Faizal berkata, jawatan Zahid dalam kerajaan ketika ini dia sedang menjalani prosiding rasuah memberi tekanan yang tidak wajar kepada hakim dan mahkamah.

“Bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan, Ahmad Zahid Hamidi digesa direhatkan dari tugas sebagai timbalan perdana menteri,” kata Faizal pada satu kenyataan.

BERITA BERKAITAN Minta PM rehatkan Zahid, jawatan TPM beri tekanan kepada mahkamah – Ahmad Faizal

Dalam pada itu, Isham yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, ketika Bersatu berada dalam kerajaan, pemimpin parti itu banyak terlepas daripada pendakwaan kes jenayah apabila wakil rakyatnya bertindak melompat parti.

“Adakah kamu rasa kamu atau rakan-rakan kamu akan dapat terlepas begitu sahaja lagi kali ini dengan mengalih perhatian kepada isu orang lain dan dengan memanggil rasuah kamu itu sedekah?

“Rakyat tidak akan lupa kes-kes ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kamu perlu fokus kepada masalah kritikal kamu dan parti kamu ini.

“Sesiapa yang melakukan jenayah dan rasuah tidak boleh terlepas dari pengadilan di dunia atau di akhirat. Bersiaplah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This