Tangkap layar rakaman pergaduhan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Mohd Zain, Batu Berendam.
SERAMAI sembilan lelaki ditahan polis selepas bergaduh di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Mohd Zain, Batu Berendam, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan trak tunda yang berebut pelanggan.
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian pada pukul 7.30 malam.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah telah menahan lima lelaki Melayu, tiga lelaki Cina dan seorang lelaki India yang terlibat dalam kejadian pergaduhan tersebut.
“Kesemua suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam kes pergaduhan dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Christopher berkata, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian di mana ia boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’