GARA-GARA “naik angin” ketika dirakam percakapan selepas membuat laporan kena ragut, seorang pengurus bank ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek seorang lelaki berusia 29 tahun mendakwa telah diragut di tempat letak kereta Jalan Pandan Indah pada pukul 4 petang.
Katanya, suspek mendakwa beg dompet miliknya yang mengandungi kad pengenalan, kad bank, kad kerja dan wang tunai bernilai RM250 telah diragut oleh seorang lelaki bangsa tidak pasti.
Beliau berkata, semasa Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah sedang merakam percakapan, suspek secara tiba-tiba bertindak meninggikan suara.
“Suspek telah berkata ‘saya telah menunggu lebih satu jam dan saya hadir ke balai polis hanyalah untuk membuat laporan’.
“Suspek kemudian bangun dan membaling kerusi ke arah pintu pejabat penolong pegawai penyiasat polis sambil menjerit dengan kuat ‘saya mahu balik’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Tak nak pergi kerja punya pasal, remaja kemuka laporan palsu dijangkiti COVID-19
Tambah, pengurus berkenaan didapati telah membuat laporan palsu dirinya diragut bagi membolehkannya membuat MyKad baharu selepas ia hilang.
Mohamad Farouk berkata, hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek mendapati terdapat kandungan video lucah dalam simpanan.
“Telefon bimbit suspek telah dirampas dan suspek kini direman selama tiga hari sehingga Khamis,” ujarnya.
Jelasnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian air kencing negatif.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 292 dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

