Tangkap layar rakaman memaparkan seorang pencuri motosikal yang sedang lena dibuai mimpi dikejutkan dengan kehadiran polis.

TULAR sebuah klip video memaparkan aksi lucu anggota polis berbisik ketika mengejutkan seorang pencuri motosikal yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

Memetik laporan Sulut Hebat, kejadian berlaku di Manado, Sulawesi Utara, baru-baru ini.

@utusantvofficial

Pencuri mamai bagi telefon bila polis minta 🤣🤣🤣. Kejadian di Manado, Sulawei Utara. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Ketika serbuan dilakukan, suspek yang sedang tidur di dalam bilik telah dikejutkan dengan kehadiran anggota polis.

Anggota polis kemudian berbisik meminta suspek memakai baju.

Malah, suspek yang dalam keadaan masih mamai menyerahkan telefon bimbit miliknya tanpa banyak soal apabila diminta oleh anggota polis terbabit.

Difahamkan, suspek dan tiga lagi rakan sejenayah telah ditahan Pasukan Delta Unit Siasatan Jenayah Jalan Raya Manado selepas dipercayai terlibat dalan kes curi motosikal.

Baca artikel : Mahasiswa ucap terima kasih kepada pencuri selepas motosikalnya dicat baru

Ketua Polis Manado, Asisten Komisoner Julianto Sirait berkata, suspek dikenali sebagai YS,24, RAP,25, DJW,23, DAN AAS,23, melakukan jenayah terbabit pada 30 Disember 2022, serta 3,5 dan 7 Januari 2023.

“Suspek melakukan jenayah di kawasan Mandolang, Tikala, Pineleng.

“Suspek telah merosakkan kunci motosikal dan menyambungkan soket penghidup pada enjin sebelum bertindak melarikan motosikal,” ujarnya.

Jelasnya, sebanyak tujuh buah motosikal telah dirampas dalam serbuan terbabit.

Kes kini disiasat mengikut Perkara 363 Kanun Jenayah dan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram