Tular di media sosial beberapa pengguna berkongsikan pengalaman mereka menaiki MyAirline, sebuah syarikat penerbangan tambang murah kedua negara. Malah usaha yang diketengahkan syarikat ini dengan menonjolkan pakaian kru kabin yang lebih sopan dan bersesuaian turut dipuji.
Menurut perkongsian pengguna media sosial, Norzieyati Dz, harga tiket penerbangan yang ditawarkan MyAirline lebih berbaloi dan mampu milik walaupun ditempah sebulan sebelum berlepas.
Norzieyati turut berkongsi pengalaman dan proses yang dilalui sepanjang daftar masuk bagi panduan pembaca.
“MYAIRLINE, MY FIRST TIME
Memandangkan tiket flight MyAirline sedang promo sekarang, saya buat review la pasal MyAirline kan.
1. HARGA TIKET
First time naik MyAirline. Booking sebulan sebelum tarikh penerbangan. Masa ni ada promo-promo lagi. Harga tiket tidak termasuk seat dan baggage,
BKI-KUL : RM131.55
KUL-BKI : RM 101.55
Total RM233.10 saja. Kalau harga KK-KL-KK bawah RM300, kira murah la tu gais.
Seat saya tambah RM10 untuk standard seat. Macam biasalah mau dekat tingkap, ada view sayap.
Baggage saya tambah 15kg, RM30. Setakat ni, harga baggage dia fixed, tiada yang macam AA kejap murah kejap macam h*n*t mahal dia. Tapi ndatau la next time macam mana kan?😌

2. ONLINE CHECK-IN
Saya online check-in sehari sebelum tarikh terbang. Boleh guna website atau apps MyAirline. Buat masa ni MyAirline belum ada kiosk macam AA atau MAS di KKIA. Tidak sure pula kalau di klia2.
3. KAUNTER CHECK-IN
Masa ni, kaunter check-in/drop baggage di kkia, kaunter yang paling dekat dengan McD.
Kalau klia2, kaunter dia di kaunter Z, kalau kau dari pintu utama departure yang ada skrin besar dan kaunter pertanyaan tu, kau pigi sebelah kanan, cari kaunter Z.
Saya sempat bertawaf di klia2 mencari kaunter MyAirline, acah-acah bijak. 🤣 Last-last tanya juga di kaunter pertanyaan. Haha.

3. DROP LUGGAGE
Kalau perlu drop baggage, kena berbaris di kaunter check-in, better awal datang, macam biasa kalau musim cuti, ramai orang. Tiada self drop baggage ya. Just bawa printed boarding pass, tunjuk di kaunter, drop baggage, nanti dia akan bagitau gate mana mau tunggu.
4. BOARDING TIME
Yang ni, ibu mengandung, keluarga yang ada anak-anak kecil, warga emas dan orang kelainan upaya akan diutamakan. Next, penumpang hot seat. Next, penumpang di zon C, dan paling sandi zon B, bersabar la ko menunggu giliran masuk kapal. Siapa suruh gete mau duduk dekat sayap. 😂
5. TEMPAT DUDUK
Ya, tiada yang sempurna di dunia ni, inilah kelemahan MyAirline, kerusi dia nipis. Tapi nda la ba keras macam papan kosong. Haha. Tidak boleh adjust, tapi dia tidak tegak 90 darjah macam AA. Ruang depan/kaki, luas macam MAS. So kalau ko becerita pun nda la macam ko becerita di telinga orang seat depan. 😂 Untuk warga tua dan yang selalu sakit belakang/pinggang, mungkin tidak sesuai la, sebab saya kira-kira macam dalam sejam setengah, mau-mau datang sudah sakit pinggang. Haha. Tapi kalau saya, no problem, yang penting kau murah. 🤑

6. MAKANAN
Saya ndatau, saya tidak order, sebab, kenapa perlu order makanan dalam flight kalau ada family mart, auntie anne’s, cu mart etc yang menunggu di klia2? 😋
7. PAKAIAN CABIN CREW
Ni yang best saya rasa sebab lebih praktikal dan sesuai dari segi keselamatan dan tidak mencolok mata. Senang bergerak. Gen-Z vibes and style. Minimalist. Okey lulus! Haha. Kadang terfikir juga, kenapa pakaian pekerja offshore macam baju angkasawan, tapi pekerja kapal terbang pakai skirt segala. Bukankah dua-dua risiko tinggi. So, MyAirline membuktikan bahawa, orang akan tetap naik kapal kau yang penting affordable dan service bagus. Tiber. 😆
8. KONKLUSI
Konklusinya, MyAirline pesaing AA, baguslah, jadi masing-masing bersaing to provide efficient and effective service gittew, widih macam ayat assignment. 🤣 Saya mau naik lagi MyAirline. Harap-harap service dia kekal bagus dan harga dia kekal mampu milik.

9. CADANGAN
– Jual merch MyAirline. Kasi kalah AA, eh siow jadi tukang kasi “stone fire” pula. 🤣
– Provide travel insurance with various options supaya boleh la tambah sekali masa purchase ticket. Sebab saya sukakan peace of mind masa travel aiseh.
– Provide kiosk self check-in dan self drop baggage. Tapi kalau ada, ada lah, kalau tida ada, tida apa lah. 😆
– Buka direct flight dari KK ke Kuching atau KK ke Tawau/Sandakan. Sebab sekarang ni semua flight mesti ke KL. 🥹
Jadi gais, jangan ragu-ragu, booking la tiket flight sementara murah. 😋
Bah, kalau kamu rasa macam mau naik kapal tapi ndatau mau buat apa di KL, nanti saya share itinerary kami jalan-jalan di KL based on recommendation dari Tiktok. 😆”
Kredit : Norzieyati Dz