Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak menyerahkan 'mock cheque' program Hab Latihan dan Sumber Pendidikan Autisme (A-Heart) kepada Naib Canselor Unimap, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli sambil disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin.

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah bekerjasama dengan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam usaha membantu anak-anak autisme di Perlis.

Kerjasama yang dijalin itu adalah menerusi program Hab Latihan dan Sumber Pendidikan Autisme (A-Heart) yang dilancarkan hari ini.

Program tersebut diusahakan YBR bagi memberi tumpuan kepada pendidikan yang lebih inklusif kepada golongan memerlukan.

YBR dalam kenyataan memaklumkan, kanak-kanak autisme dalam kalangan keluarga B40 komuniti Perlis telah terpilih menyertai program yang dijalankan sepanjang tahun ini.

Menurut yayasan tersebut, program berkenaan bertujuan menyediakan sesi terapi deria dan cara kerja kepada kanak-kanak dan remaja di mana 48 sesi terapi telah dirancang dalam tempoh setahun.

“Program ini turut menawarkan sesi diagnosis keperluan terapi anak autisme bagi memastikan pendekatan terapi yang efektis.

“Selain itu, program ini turut menyediakan sokongan kemudahan pengangkutan dalam kalangan mereka yang menghadapi kekangan menghantar anak mengikuti sesi terapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Muda Perlis selaku Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin telah mencemar duli merasmikan program terebut.

Baca artikel berkaitan: YBR sumbang RM100,000 bantu pelajar B40 UTEM

Keberangkatan Raja Muda Perlis turut diiringi Raja Puan Muda Perlis selaku Pro Canselor Unimap.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada kanak-kanak tersebut dalam mengembangkan potensi golongan istimewa itu.

Beliau berkata, inisiatif YBR itu juga secara tidak langsung menjadi platform kepada anak-anak istimewa itu mendapat peluang pemulihan dan pendidikan mengikut tahap keupayaan serta keperluan masing-masing.

“Kerjasama ini merupakan langkah positif bagi memastikan anak-anak autisme mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Golongan istimewa ini berbeza dengan mereka yang normal tetapi tetap mempunyai kelebihan akal fikiran dan kemahiran.

“Diharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak terutama ibu bapa, keluarga dan masyarakat menjadikan mereka lebih berdaya saing serta mampu mempunyai masa hadapan yang cerah sama seperti mereka yang lain untuk hidup lebih sempurna,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram