SEKURANG-kurangnya 76 individu maut manakala 440 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye, hari ini.
Memetik laporan Agensi Anadolu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik.
Gempa dilaporkan berlaku pada kedalaman tujuh kilometer dan gegaran turut dirasai di wilayah Diyarbakir dan Gaziantep serta negara jiran termasuk Lubnan dan Syria.
Dua gempa bumi susulan berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter turut melanda wilayah tenggara Gaziantep.
Baca : Gempa bumi kuat landa Jawa Barat
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menerusi ciapan di Twitter mendoakan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi.
Beliau berkata pasukan penyelamat dikerah ke wilayah yang terjejas akibat gempa bumi itu.
“Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, AFAD, gabenor wilayah dan semua institusi lain kini memulakan tugas mereka dengan pantas.
“Kami juga sedang menyelaraskan kerja-kerja selepas gempa bumi. Kami berharap agar bencana ini dapat ditempuhi secepat mungkin dan dengan kerosakan yang paling minima serta kami akan meneruskan kerja kami,” kata Erdogan.
Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata bahawa enam gempa bumi dengan kekuatan melebihi enam pada skala Richter telah melanda negara itu setakat awal Isnin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

