PERMOHONAN kemasukan pelajar bagi sesi akademik 2023/2024 menerusi UPUOnline akan mula dibuka esok iaitu 7 Februari sehingga 28 Mac bagi permohonan fasa pertama. GAMBAR HIASAN: Abd Razak Aid

PERMOHONAN kemasukan pelajar bagi sesi akademik 2023/2024 menerusi UPUOnline akan mula dibuka esok iaitu 7 Februari sehingga 28 Mac bagi permohonan fasa pertama.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, permohonan ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda itu melibatkan 20 universiti awam; 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat institusi kemahiran tinggi awam (ILKA).

Menurut KPT, permohonan fasa kedua pula akan dibuka pada 15 Mei sehingga 12 Jun depan.

“Permohonan terbuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan fasa pertama.

“Hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan fasa kedua,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: KPT, KKM bincang isu graduan perubatan ‘lari’ ke luar negara

Mengulas lanjut, KPT turut memaklumkan kos sebanyak RM15 sebagai bayaran proses UPUOnline bagi mendapatkan ‘Unik ID’ akan ditanggung sepenuhnya kementerian itu.

Jelasnya, ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

KPT memberitahu, dijangka lebih 350,000 lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut yang akan membawa implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada KPT.

“Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

“Terdapat 471 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,088 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau setaraf oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan ILKA seluruh negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram