Tempoh permohonan UPUOnline lepasan SPM dilanjutkan hingga 12 April

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TEMPOH permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2026/2027 untuk Fasa Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui UPUOnline dilanjutkan hingga 12 April ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, pada asalnya, tarikh tutup bagi permohonan tersebut adalah pada 23 Mac.

Jelasnya, pelanjutan dibuat berikutan pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung tarikh keputusan peperiksaan SPM 2025 yang ditetapkan pada 31 Mac ini.

“Tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Setaraf adalah kekal pada 23 Mac 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KPT memaklumkan calon lepasan SPM yang masih belum membuat permohonan boleh membeli nombor pin UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 termasuk caj perkhidmatan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Menurut KPT, pembelian nombor pin boleh dibuat melalui 387 kaunter cawangan BSN, 843 mesin ATM BSN serta kemudahan perbankan Internet myBSN.

Jelas KPT, sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM, manakala 1,146 program pengajian disediakan untuk lepasan STPM atau Setaraf di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) di seluruh negara.

“Sehubungan dengan itu, semua calon berkelayakan dipelawa mengambil peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi melalui sistem UPUOnline.

“Calon turut dinasihatkan supaya melengkapkan permohonan lebih awal dan tidak menunggu hingga saat akhir bagi mengelakkan sebarang gangguan atau kesesakan trafik pada sistem,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, calon perlu memastikan permohonan disahkan dengan menekan butang ‘Saya Setuju’ serta mencetak atau memuat turun slip permohonan sebagai bukti bahawa permohonan berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi di Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya atau melalui 03-8684 2363 serta e-mel [email protected].


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This